Gendarmerie Nasional
Gendarmerie Nasional

Gendarmerie Nasional

Gendarmerie Nasional (Bahasa Perancis: Gendarmerie nationale [ʒɑ̃daʁməʁi nasjɔnal]) adalah salah satu dari dua pasukan polis kebangsaan Perancis, bersama dengan Polis Kebangsaan. Ia adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Perancis yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri—dengan tugas tambahan kepada Kementerian Pertahanan. Kawasan tanggungjawabnya meliputi bandar-bandar kecil, kawasan luar bandar dan pinggir bandar, manakala Police Nationale—sebuah pasukan awam—bertanggungjawab terhadap bandaraya dan pusat bandar. Disebabkan status ketenteraannya, Gendarmerie juga memenuhi pelbagai misi ketenteraan dan pertahanan. Gendarmes juga mempunyai bahagian jenayah siber. Ia mempunyai kekuatan lebih daripada 100,000 anggota pada tahun 2014.[1]Gendarmerie adalah pewaris kepada Maréchaussée (Marshalcy—lihat bawah), iaitu pasukan police paling lama di Perancis, sejak Zaman Pertengahan. Ia telah mempengaruhi budaya dan tradisi pasukan gendarmerie di seluruh dunia—dan terutamanya di bekas empayar kolonial Perancis.